Ahad, 31 Mac 2013

ULASAN JURNAL

ASSIGMENT ULASAN JURNAL.YG AKU BUAT UNTUK SBJEK AKU...BOLEHLAH KONGSI2 KALAU BERGUNA BOLEHLAH JADI RUJUKAN UNTUK KORANG...


ULASAN JURNAL

TAJUK:
ICT, MEDIA BARU (INTERNET) DAN PEMBANGUNAN:

The Innovation Journal: The Public sector Innovation Journal Vol.15(1),2009, article 5.

NAMA PENULIS:
ALI SALMAN


ABSTRAK
Artikal ini membincangkan galakan kerjasama kerajaan dalam menggerakkan masyarakat ke arah memcapai matlamat pembangunan negara dengan perkembangan  penggunaan media baru (ICT) dalam pelbagai sektor termasuk pentadbiran dan sekaligus dapat menerajui Negara ke arah Negara yang berdaya saing dalam meniti arus globalisasia. Sesuai dengan era globalosasi maka untuk bersaing dengan arus tersebut tidak harus tidak Malaysia perlu melengkapkapkan diri dengan media baru ini segala dasar ICT yang diperkenalkan oleh. Dan terus membawa kemajuan kepada Negara Malaysia.


PENGENALAN
Jurnal ini banyak memperkatakan tentang peranan media baru internet iaitu ICT yang banyak memberi faedah kepada pembangunan  dan pentadbiran negara.  Internet atau media baru adalah persekitaran yang terbesar di abad ini.  Ia adalah alat komunikasi yang paling terkini di dunia di mana pengguna boleh merentasi sempadan dan mempunyai akses kepada media tradisional.  Menurut penulis lagi media baru merupakan engine kepada kemajuan sesebuah Negara dan boleh berdaya saing dalam era globalisasi kerana ia merupakan alat penghubung tanpa sempadan.  Kerjasama yang bersepadu dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata antara  kerajaan dan swasta akan menjamin kemajuan negara serta dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjalankan segala urusan pentadbiran dan dasar kerajaan dengan media baru ini terlaksana, walaupun ada segelintir masyarakat masih ragu-ragu tentang keberkesanannya .

OBJEKTIF KAJIAN
Melihat media baru ini sebagai cabang kepada pembangunan negara, kesedaran dan pemahaman tentang potensi ICT  bersaing dalam era globalisasi dan kesungguhan kerajaan dalam pembangunaan ICT ini adalah pemandu paling penting dalam perubahan dasar yang telah di buat oleh kerajaan dan akan membawa Malaysia ke arah lebih dikenali di mata dunia dan sekaligus memberi kemajuan ekonomi kepada Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah yang digunakan oleh penulis ialah penulis melihat  kepada dasar-dasar awam yang telah  dibuat oleh kerajaan terutama tentang perkembangan dasar ICT. Di mana  dilihat sebagai cara baru untuk mempercepatkan pembangunan jika digunakan secara betul.  Kerajaan Malaysia telah menyedari potensi media baru dan ICT ini dan oleh itu melakukan segala yang mungkin untuk memaksimumkan penggunaan dan mendapat faedah.  Dasar kerajaan sangat penting untuk membantu menggunakan ICT untuk membawa pembangunan.  Pelbagai usaha kerajaan Malaysia untuk membangunkan media baru ini termasuklah dengan membangunkan Koridor Raya Multimedia( MSC). Ini bermaksud setiap orang, di mana sahaja ruang dan lapangan kota raya Kuala Lumpur dapat beraksesiar informasi. Ia akan menjadi metropolis sibersfera yang beroprasi sepenuhnya, dan internet akan menjadi nadi segala kegiatan ekoposial kotabangsa Malaysia ini.  Media baru bukan sahaja mengambil alih terhadap media tradisi seperti akhbar dan televisyen, malah turut menukar pola kehidupan manusia.  Justeru itulah media baru telah menjadi alat komunikasi yang pesat di dunia.  Penulis juga banyak membincangkan tentang kemudahan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam internet antaranya kemudahan melayari webside dan dapat memberi segala maklumat dengan hujung jari sahaja dan kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam internet.  Penulis tidak menggunakan sebarang carta atau rajah yang boleh memberi keyakinan terhadap penulisannya dan cuma fakta yang umum banyak digunakan dalam mengolah hasil karyanya.


DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Hasil dari penulisan ini, dapat dilihat bahawa Internet merupakan media yang penting dalam pembangunan Negara ia menjadi satu dasar pembangunan yang penting untuk kemajuan negara.  Pembangunan negara dalam binaan Koridoraya Multimedia (MSC) telah mempengaruhi dan merubah corak kemajuan negara ini telah mempercepatkan kemasukan Malaysia ke era Teknologi Maklumat melalui  keberhasilan projek-projek harus ditingkatkan, MSC adalah sebagai Central Monitoring hub untuk mengawasi, menguruskan dan mengeksplotasi teknologi secara betul termasuklah segala program yang belum dapat mempengaruhi kehidupan warga negara harus di hentikan.  Sebuah analisis yang teliti harus segera dilakukan agar jelas mendefinisikan keperluan masyarakat sasaran.  Faktor keberhasilan aplikasi ICT dalam masyarakat luar bandar harus dipandang serius agar jurang digital dapat ditangani dengan sewajarnya.

PENYATAAN MASALAH
Menurut penulis, tidak dapat di nafikan ramai lagi masyarakat di Malaysia ini tidak mengerti dan tidak ambil tahu apa itu ICT dan ada  segelintir masyarakat yang masih tidak dapat menerima akan perkembangan internet namun dapat di sangkalkan melalui statistik yang dikaji menunjukkan penggunaan internet di dunia telah meluas dan Asia adalah Negara dunia yang paling ramai menggunakan internet. (Rajah 2) dan kerajaan telah banyak berusaha dalam mendekatkan jurang antara penduduk luar Bandar dengan Bandar.   Kerajaan telah memperkenalkan  projek kampong wifi yang menyediakan kemudahan sambungan internet tanpa wayar ke lebih 500 kampung terpilih di seluruh Negara bermula tahun hadapan, sebanyak RM15000 hingga RM20000 kos telah diluluskan bagi meneruskan projek ini.  Dalam aspek pendidikan, banyak inisiatif teknologi oleh kedua-dua kerajaan dan sektor swasta dijangka menyumbang kepada pertumbuhan dan pasaran komputer peribadi (PC).   Seperti yang telah dilakukan sekarang di mana banyak komputer note book telah di berikan secara percuma kepada pelajar yang layak.  Sumbangan itu, adalah hasrat kerajaan untuk menjadikan semua pelajar terutama pelajar luar bandar celek IT.   Di sekolah-sekolah komputer perlu digunakan untuk memperolehi pengetahuan yang mendalam dan menjadikan pembelajaran lebih interaktif, Kerana internet menawarkan pelbagai alat   yang berguna untuk komunikasi.  Selain itu, terdapat juga kemudahan mencari maklumat melalui Wold Wide Web, kumpulan berita, pemindahan fail dan sebagainya.  Bagi organisasi banyak juga maafaat di mana kita boleh menghantar pesanan melalui mel eletronik, ia menjadi penghubung utama di dunia sekarang dan banyak organisasi menggunakan kemudahan tersebut untuk komunikasi antara pekerja dangan syarikat dan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan juga pembekal.  Bagi mengatasi masalah kesedaran bukan sahaja di peringkat usia muda malah orang-orang dewasa juga harus di ambil perhatian agar dapat menyemai pendidikan teknologi untuk mendapat pemahaman yang menyeluruh ke arah ICT.  Dengan cara ini agar dapat merapatkan jurang  Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di antara masyarakat luar bandar dan bandar.  Terutama kepada masyarakat luar Bandar oleh itu kerajaan ICT, banyak cara yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar Bandar dengan Bandar,  dan sekaligus menjadikan mereka sebagai masyarakat yang celek IT  dan bukan sahaja anak-anak mereka yang celik IT malah mereka juga merupakan masyarakat luar Bandar yang celek IT.

KESIMPULAN
 Kerajaan Malaysia dan organisasi lain masing-masing menekankan keperluan untuk mempunyai infrastruktur yang sesuai, untuk membolehkan pengguna yang mahir dalam menjalankan perdagangan dengan selamat serta pertukaran maklumat secara terbuka.  Infrastruktur ini perlu diurus dengan berkesan oleh kerajaan Malaysia dan keupayaan ICT merubah kemajuan negara diakui berkesan dan banyak urusan kerajaan kini menggunakan media baru internet antaranya ekerajaan, edagang dan sebagainya. Penggunaan media baru ini merupakan nadi baru bagi melancarkan urusan  pentadbiran samada dalam sektor awam mahupun sektor swasta, dan segala dasar –dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesenangan rakyat.  Segala harapan kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dengan bandar akan tercapai dan negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan tidak lagi ketinggalan dan seiring dengan kemajuan Negara-negara lain di dunia terutama dalam mentadbir dasar-dasar awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan