Ahad, 17 Mac 2013

puding karemal ...the best from me

assalamualaikum...ni adalah menu setiap bulan bagi keluargaku..anak-anak suka sangat makan puding ni..sedap katanya.."umi the best"..kembang gak...bila kena puji kat anak2  nih.....puding ni aku saje2 tambah2 decorate..buah limau sanquick tu...tapi anak-anak kata xpayah boh limau tu..lebih sedap yg ori.....so..aku syorkan kalau kauorang nak buat xyah lah deco mcm ni..ni saje jer...


ini resipi ..kalau kauorg nak cuba lah....n..selamat mencuba...

Bahan-bahan 

  • 5 biji telur
  • 1 tin susu pekat
  • 1 camca teh esen vanila
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara

  1. 3 sudu besar gula atau lebih (kalau nak kuah banyak) dicairkan di dalam loyang hingga berwarna keperangan.  (Kalau nak nampak kecil dan tinggi pilih la loyang yang bersaiz kecil).
  2. Kacau telur, susu pekat, dan esen vanila  hingga sebati.
  3. Tapiskan bahan yang dikacau tadi kedalam loyang yang ada gula hangus yang telah keras. Kukus dalam api yang sederhana selama 20 minit. selepas itu, agak2 suam2.. telengkupkan puding tadi kedalam pinggan yang dalam dan besar sedikit.
  4. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.

2 ulasan: