ASSIGMENT ULASAN JURNAL.YG AKU BUAT UNTUK SBJEK AKU...BOLEHLAH KONGSI2 KALAU BERGUNA BOLEHLAH JADI RUJUKAN UNTUK KORANG...
TAJUK:
ICT,
MEDIA BARU (INTERNET) DAN PEMBANGUNAN:
The Innovation Journal: The Public sector Innovation Journal Vol.15(1),2009, article 5.
NAMA
PENULIS:
ALI
SALMAN
ABSTRAK
Artikal
ini membincangkan galakan kerjasama kerajaan dalam menggerakkan masyarakat ke
arah memcapai matlamat pembangunan negara dengan perkembangan penggunaan media baru (ICT) dalam pelbagai
sektor termasuk pentadbiran dan sekaligus dapat menerajui Negara ke arah Negara
yang berdaya saing dalam meniti arus globalisasia. Sesuai dengan era
globalosasi maka untuk bersaing dengan arus tersebut tidak harus tidak Malaysia
perlu melengkapkapkan diri dengan media baru ini segala dasar ICT yang
diperkenalkan oleh. Dan terus membawa kemajuan kepada Negara Malaysia.
PENGENALAN
Jurnal
ini banyak memperkatakan tentang peranan media baru internet iaitu ICT yang
banyak memberi faedah kepada pembangunan
dan pentadbiran negara. Internet
atau media baru adalah persekitaran yang terbesar di abad ini. Ia adalah alat komunikasi yang paling terkini
di dunia di mana pengguna boleh merentasi sempadan dan mempunyai akses kepada
media tradisional. Menurut penulis lagi
media baru merupakan engine kepada kemajuan sesebuah Negara dan boleh berdaya
saing dalam era globalisasi kerana ia merupakan alat penghubung tanpa sempadan. Kerjasama yang bersepadu dan tidak
mementingkan keuntungan semata-mata antara kerajaan dan swasta akan menjamin kemajuan
negara serta dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjalankan segala
urusan pentadbiran dan dasar kerajaan dengan media baru ini terlaksana,
walaupun ada segelintir masyarakat masih ragu-ragu tentang keberkesanannya .
OBJEKTIF
KAJIAN
Melihat
media baru ini sebagai cabang kepada pembangunan negara, kesedaran dan
pemahaman tentang potensi ICT bersaing
dalam era globalisasi dan kesungguhan kerajaan dalam pembangunaan ICT ini
adalah pemandu paling penting dalam perubahan dasar yang telah di buat oleh
kerajaan dan akan membawa Malaysia ke arah lebih dikenali di mata dunia dan
sekaligus memberi kemajuan ekonomi kepada Malaysia.
METODOLOGI
KAJIAN
Kaedah
yang digunakan oleh penulis ialah penulis melihat kepada dasar-dasar awam yang telah dibuat oleh kerajaan terutama tentang perkembangan
dasar ICT. Di mana dilihat sebagai cara
baru untuk mempercepatkan pembangunan jika digunakan secara betul. Kerajaan Malaysia telah menyedari potensi
media baru dan ICT ini dan oleh itu melakukan segala yang mungkin untuk
memaksimumkan penggunaan dan mendapat faedah.
Dasar kerajaan sangat penting untuk membantu menggunakan ICT untuk
membawa pembangunan. Pelbagai usaha
kerajaan Malaysia untuk membangunkan media baru ini termasuklah dengan
membangunkan Koridor Raya Multimedia( MSC). Ini bermaksud setiap orang, di mana
sahaja ruang dan lapangan kota raya Kuala Lumpur dapat beraksesiar informasi.
Ia akan menjadi metropolis sibersfera yang beroprasi sepenuhnya, dan internet
akan menjadi nadi segala kegiatan ekoposial kotabangsa Malaysia ini. Media baru bukan sahaja mengambil alih
terhadap media tradisi seperti akhbar dan televisyen, malah turut menukar pola
kehidupan manusia. Justeru itulah media
baru telah menjadi alat komunikasi yang pesat di dunia. Penulis juga banyak membincangkan tentang
kemudahan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam internet antaranya kemudahan
melayari webside dan dapat memberi segala maklumat dengan hujung jari sahaja
dan kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam internet. Penulis tidak menggunakan sebarang carta atau
rajah yang boleh memberi keyakinan terhadap penulisannya dan cuma fakta yang
umum banyak digunakan dalam mengolah hasil karyanya.
DAPATAN
DAN PERBINCANGAN
Hasil dari penulisan ini,
dapat dilihat bahawa Internet merupakan media yang penting dalam pembangunan
Negara ia menjadi satu dasar pembangunan yang penting untuk kemajuan negara. Pembangunan negara dalam binaan Koridoraya
Multimedia (MSC) telah mempengaruhi dan merubah corak kemajuan negara ini telah
mempercepatkan kemasukan Malaysia ke era Teknologi Maklumat melalui keberhasilan projek-projek harus ditingkatkan,
MSC adalah sebagai Central Monitoring hub
untuk mengawasi, menguruskan dan mengeksplotasi teknologi secara betul
termasuklah segala program yang belum dapat mempengaruhi kehidupan warga negara
harus di hentikan. Sebuah analisis yang teliti harus segera
dilakukan agar jelas mendefinisikan keperluan masyarakat sasaran. Faktor keberhasilan aplikasi ICT dalam
masyarakat luar bandar harus dipandang serius agar jurang digital dapat
ditangani dengan sewajarnya.
PENYATAAN
MASALAH
Menurut
penulis, tidak dapat di nafikan ramai lagi masyarakat di Malaysia ini tidak
mengerti dan tidak ambil tahu apa itu ICT dan ada segelintir masyarakat yang masih tidak dapat
menerima akan perkembangan internet namun dapat di sangkalkan melalui statistik
yang dikaji menunjukkan penggunaan internet di dunia telah meluas dan Asia
adalah Negara dunia yang paling ramai menggunakan internet. (Rajah 2) dan kerajaan
telah banyak berusaha dalam mendekatkan jurang antara penduduk luar Bandar
dengan Bandar. Kerajaan telah
memperkenalkan projek kampong wifi yang
menyediakan kemudahan sambungan internet tanpa wayar ke lebih 500 kampung
terpilih di seluruh Negara bermula tahun hadapan, sebanyak RM15000 hingga
RM20000 kos telah diluluskan bagi meneruskan projek ini. Dalam aspek pendidikan, banyak inisiatif
teknologi oleh kedua-dua kerajaan dan sektor swasta dijangka menyumbang kepada
pertumbuhan dan pasaran komputer peribadi (PC). Seperti yang telah dilakukan sekarang di
mana banyak komputer note book telah
di berikan secara percuma kepada pelajar yang layak. Sumbangan itu, adalah hasrat kerajaan untuk
menjadikan semua pelajar terutama pelajar luar bandar celek IT. Di
sekolah-sekolah komputer perlu digunakan untuk memperolehi pengetahuan yang
mendalam dan menjadikan pembelajaran lebih interaktif, Kerana internet
menawarkan pelbagai alat yang berguna
untuk komunikasi. Selain itu, terdapat juga
kemudahan mencari maklumat melalui Wold Wide Web, kumpulan berita, pemindahan
fail dan sebagainya. Bagi organisasi
banyak juga maafaat di mana kita boleh menghantar pesanan melalui mel
eletronik, ia menjadi penghubung utama di dunia sekarang dan banyak organisasi
menggunakan kemudahan tersebut untuk komunikasi antara pekerja dangan syarikat
dan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan juga pembekal. Bagi mengatasi masalah kesedaran bukan sahaja
di peringkat usia muda malah orang-orang dewasa juga harus di ambil perhatian
agar dapat menyemai pendidikan teknologi untuk mendapat pemahaman yang
menyeluruh ke arah ICT. Dengan cara ini
agar dapat merapatkan jurang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) di antara masyarakat luar bandar dan bandar. Terutama kepada masyarakat luar Bandar oleh
itu kerajaan ICT, banyak cara yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk
merapatkan jurang digital antara masyarakat luar Bandar dengan Bandar, dan sekaligus menjadikan mereka sebagai
masyarakat yang celek IT dan bukan
sahaja anak-anak mereka yang celik IT malah mereka juga merupakan masyarakat
luar Bandar yang celek IT.
KESIMPULAN
Kerajaan Malaysia dan organisasi lain
masing-masing menekankan keperluan untuk mempunyai infrastruktur yang sesuai,
untuk membolehkan pengguna yang mahir dalam menjalankan perdagangan dengan
selamat serta pertukaran maklumat secara terbuka. Infrastruktur ini perlu diurus dengan
berkesan oleh kerajaan Malaysia dan keupayaan ICT merubah kemajuan negara
diakui berkesan dan banyak urusan kerajaan kini menggunakan media baru internet
antaranya ekerajaan, edagang dan sebagainya. Penggunaan media baru ini
merupakan nadi baru bagi melancarkan urusan pentadbiran samada dalam sektor awam mahupun sektor
swasta, dan segala dasar –dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan
demi kesenangan rakyat. Segala harapan
kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dengan bandar
akan tercapai dan negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan
tidak lagi ketinggalan dan seiring dengan kemajuan Negara-negara lain di dunia
terutama dalam mentadbir dasar-dasar awam.